Sunday, August 1, 2010

JOHN B. WATSON

John B. Watson

Watson lahir dalam keluarga miskin lagi bermasalah di Greenville,Carolina Selatan.Pada zaman remajanya ,dia memberontak dan bertindak ganas.Hidupnya mula berubah hasil bantuan tunjuk ajar gurunya ,Gordon Moore di Universiti Furman.Beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Chicago.Di universiti ini ,Watson mula berminat dalam bidang psikologi perbandingan dan kajian haiwan.Kajian ilmiahnya adalah tentang tingkah laku tikus putih dan pertumbuhan saraf.Pada tahun 1903,Watson menerima ijazah kedoktoran dari Universiti John Hopkins.
Beliau seorang seorang ahli psikologi yang telah mengasaskan mazhab behaviorisme berasaskan hasil kajian ke atas tingkahlaku haiwan.Antara kajian terkenal beliau ialah kajian yang agak controversial terhadap seorang kanak-kanak bernama ‘Little Albert’.Perincian kajian ini dibincangkan selanjutnya.Watson kemudiannya menceburi diri dalam bidang pemeliharaan anak dan berjaya menghasilkan beberapa buah buku yang membincangkan tentang amalan-amalan pemiharaan anak yang baik.


Ahli psikologi pertama menggunakan perkataan “behaviorisme”. Sangat dipengaruhi model pelaziman klasik Pavlov. Perbezaan antara manusia ialah pengalaman. Pengalaman yang baik boleh diubah menjadi pengalaman yang buruk Rangsangan yang didedahkan dan jenis gerak balas akan mempengaruhi pengalaman pembelajaran murid.

Watson ‘Little Albert Experiment’  

Menggambarkan kuasa pelaziman (conditioning)

"  Albert - 11 bulan – tidak menunjukkan sebarang rasa takut pada seekor tikus putih. Semasa pelaziman Albert hendak mengambil tikus, bunyi pemukul diketuk pada besi. Kesannya Albert terkejutdan terjatuh.keadaan itu diulang berkali-kali. (tikus putih dan berbunyi pemukul). Akhirnya eksperimen menunjukkan Albert memberi reaksi emosional terhadap tikus contohnya takut pada tikus, anjing, arnab. Selepas diuji lagi ia menunjukkan reaksi emosi yang sederhana. Kesimpulannya, Pelaziman boleh melahirkan reaksi emosional" 

MURID DAN ALAM BELAJAR © 2010. Design by :EYZA IZZATI Sponsored by: Nurizzati Commentcute