Sunday, August 1, 2010

EDWARD LEE THORNDIKE(1874-1949)

EDWARD LEE THORNDIKE(1874-1949)



Edward Lee Thorndike adalah seorang ahli psikologi pendidikan yang banyak menyumbangkan kepada bidang pembelajaran ,pengajaran dan pengujian mental.
Beliau telah merekabentuk kotak ajaib(puzzle box) yang digunakan untuk mengkaji bagaimana haiwan seperti kucing dan anjing menyelesaikan masalah.Hasil kajian Thorndike berkaitan dengan tingkahlaku haiwan dan proses pembelajaran telah terjelma Teori Connectionism yang menjadi asas psikologi pendidikan moden.
  • Manusia belajar menggunakan kaedah cuba dan ralat.
  • Ganjaran dan denda dua faktor penting bantu pembelajaran manusia.
  • Pembelajaran manusia berlaku mengikut hubungan antara rangsangan dan gerak balas.
  • Motivasi, ganjaran dan denda amata penting dalam proses pembelajaran.

Thorndike dan kotak ajaib
Pernahkan anda dengar mengenai kotak ajaib Thorndike?.Kotak ajaib berfungsi berasaskan prinsip pelaziman instrumental.Apakah maksudnya?Sekiranya haiwan ini diberi ganjaran,gerakbalas tersebut akan berulang kerana sudah berlakunya pembelajaran.Sebaliknya,jika tiada ganjaran diberi,gerakbalas tadi akan hilang secara beransur-ansur.
Tahukah anda bagaimana kajian Thorndike dijalankan?Pada peringkat awal.Thorndike meletakkan seekor kucing yang lapar ke dalamkotak ajaib.kemudian beliau memerhatikan bagaimana kucing tadi berusaha melepaskan diri daripada kotak untuk mendapatkan makanan.Akhirnya beliau membuat kesimpulan bahawa kucing berjaya memperoleh makanan melalui cuba jaya.
Berdasarkan dapatan kajian keatas beberapa ekor kucing,Thorndike pun menyediakan satu graf yang menunjukkan penggunaan masa bagi percubaan-percubaan yang mencapai kejayaan.Bolehkan kita meramalkan apakah keputusan yang diperoleh?Lingkungan pembelajaran tidak meningkat secara mendadak.Sebaliknya ,jangka masa kucing berada dalam kotak ajaib secara beransur-ansur menjadi lebih singkat. Ini bermaksud bahawa haiwan tersebut bukan sahaja mengetahui bentuk tindakan yang perlu diambil ,bahkan berjaya membuat perkaitan antara situasi di mana ia berada dengan gerakbalas yang tepat untuk membebaskan diri.
Berdasarkan keputusan di atas,maka Thorndike mengatakan bahawa terdapat ransangan dan gerakbalas tertentu yang boleh atau tidak boleh dikaitkan antara satu sama lain.Menurut Hukum Kesan Thorndike,”Apabila urutan ransangan –gerakbalas diikuti dengan keseronokan,gerakbalas tersebut akan kekal; sebaliknya gerakbalas yang diikuti kesakitan akan lenyap begitu sahaja,”Cuba anda fikirkan bagaimana hokum kesan tersebut telah diaplikasi dalam kehidupan seharian anda.

Beliau mengemukakan teori perikatan dikenali sebagai Teori R-G.(Rangsangan dan Gerak balas)

Teori R-G menjadi asas tiga hukum Thorndike iaitu :
  1. Hukum Kesediaan (HK),
  2. Hukum Aneka Gerak Balas (HAGB)
  3. Hukum Latihan dan Hukum Kesan.(HL&K)


Implikasi Teori Thorndike dalam Pengajaran-Pembelajaran   ·  

  •  Untuk meningkatkan tahap kesediaan belajar, guru harus menggunakan motivasi yang sesuai. ·    
  •  Mengukuhkan pertalian antara rangsangan dan gerak balas pelajar dengan membanyakkan aktiviti latihan, ulangkaji, aplikai, serta pengukuhan dalam keadaan yang menyeronokan. ·     
  • Memberi ganjaran atau peneguhan untuk respons atau gerak bala yang betuldaripada pelajar. ·     
  • Memberi peluang kepada pelajar untukmenikmati kejayaan dalam pembelajaran mereka.
MURID DAN ALAM BELAJAR © 2010. Design by :EYZA IZZATI Sponsored by: Nurizzati Commentcute