Sunday, August 8, 2010

FENOMENA TINGKAH LAKU PELAZIMAN : PAVLOV

  1. Fenomena Generalisasi
  • Di dalam eksperimen yang berlanjutan ,Pavlov menggunakan bunyi yang lain seperti siren dan gong untuk menggunakan bunyi loceng sebagai rangsangan terlazim(CS) ,didapati anjing itu masih mengeluarkan air liurnya (gerak balas terlazim,CR).Fenomena ini menunjukkan bahawa anjing boleh membuat generalisasi iaitu berupaya mengkategorikan rangsangan-rangsangan yang serupa dengan menggunakan gerak balas yang sama.
     2. Fenomena Dikriminasi
  • Selain daripada keupayaan membuat generalisasi,Pavlov mendapati bahawa anjing juga memberi gerak balas yang berbeza dengan rangsangan yang hampir sama.Misalnya ,Pavlov hanya memberi makanan sahaja selepas bunyi siren sebagai rangsangan terlazim (CS) ,sedangkan bunyi yang lain tidak diadakan langsung.Selepas pelaziman ,anjing hanya mengeluarkan air liurnya semasa mendengar bunyi siren tetapi tidak ada gerak balas terlazimnya apabila kedengaran bunyi-bunyi yang lain.
                 Fenomena ini menunjukkan bahawa anjing berupaya membuat diskriminasi terhadap
          bunyi yang terlazim dengan bunyi-bunyi yang lain.

    3.  Fenomena Proses Penghapusan
  • Di dalam eksperimen yang lain,makanan tidak diberi selepas loceng dibunyikan   ,didapati   rembesan air  liur anjing itu mula berkurang secara beransur-ansur sehingga  tidak mengeluarkan air liurnya lagi apabila loceng dibunyikan.Fenomena ini dikenali   sebagai proses penghapusan .Dalam proses penghapusan ,rangsangan terlazim(CS,iaitu  bunyi loceng ) yang tidak diikuti dengan rangsangan tak terlazim (USC iaitu makanan),gerak balas terlazim(CR iaitu rembesan air liur) beransur-ansur kurang dan akhirnya hapus sama sekali.
     4.  Fenomena Pemulihan Spontan
  • Di dalam sesuatu tempoh masa selepas proses penghapusan ,sekiranya rangsangan terlazim (CS) ,iaitu bunyi loceng diikuti dengan makanan ,gerak balas terlazim(CR) didapati tiba-tiba pulih semula,iaitu air liur dikeluarkan seperti pelaziman dahulu.Fenomena ini adalah dipanggil sebagai pemulihan spontan(spontaneous recovery).Fenomena inni menunjukkan gerak balas terlazim sebenar tidak hilang selepas proses penghapusan , dan akan wujud semula apabila semua gangguan telah hilang selepas temph masa rehat.
     5.  Fenomena Pelaziman Tahap Tinggi
  • Di dalam eksperimen pelaziman rangsangan dan gerak balasnya,Pavlov juga mendapati bahawa sesuatu gerak balas terlazim yang baru dapat dibentuk daripada gerak balas terlazim yang sedia ada.Beliau menamakan fenomena ini sebagai pelaziman tahap tinggi (higher-order conditioning).Misalnya ,selepas pelaziman ,gerak balas terlazim terhenti menambah kuat dan sebaliknya beransur-ansur menjadi lemah.Walaupun loceng terus dibunyikan ,tetapi kali ini ditambah dengan suatu rangsangan terlazim baru,misalnya sekeping kad gambar dilukis segi empat sama sisi berwarna hitam bersama ditunjukkan .Pada peringkat permulaan ,kad ini mungkin dapat menarik perhatian anjing sahaja ,tetapi tidak dapat menjadikannya mengeluarkan air liur seperti gerak balas terlazim dahulu.Bagaimanapun selepas banyak latihan pelaziman ini ,kad gambar ditunjukkan sahaja tanpa bunyi loceng pun boleh menjadikan anjing mengeluarkan air liurnya.Oleh kerana rangsangan terlazim baru ini(kad bergambar) tidak pernah dikaitkan dengan rangsang tak lazim dahulu(makanan),maka fenomena ini merupakan sesuatu bentuk pelaziman baru iaitu rangsangan baru(kad gambar) telah menjadi suatu rangsangan terlazim sekunder (secondary-order conditioned stimulus).Sedangkan ,rangsangan terlazim yang asal (bunyi loceng) dalam tempoh masa ini telah menggantikan tempat rangsangan tak terlazim (makanan) dengan menghasilkan kuasa peneguhan.Kuasa peneguhan yang dihasilkan daripada rangsangan terlazim yang asal adalah dipanggil sebagai peneguhan sekunder (secondary reinforcement).
MURID DAN ALAM BELAJAR © 2010. Design by :EYZA IZZATI Sponsored by: Nurizzati Commentcute